mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Monday, October 3, 2011

PETUNJUK SEPANJANG JALAN

PETUNJUK SEPANJANG JALAN»

Mengoptimakan Roshidul Tarbiyah (Aset Tarbiyah)

Ikhwati fillah
Marilah kita sentiasa tadarruk’ wa ta’abbud kepada allah, marilah kita sentiasa tasyakkur wa tahmid atas segala nikmatnya. Moga dengan sifat ini,kalian terus dalam naungan rahmat allah, dalam genggaman kasih sayang allah, di dalam petunjuk dan inayah Allah. Semoga dengan hidayah ini, kita akan terus thabat dan istiqamah di atas jalan dakwah ini.
Ikhwah fillah..
Antara aset (rosyeed) besar dan berharga yang kita perolehi sepanjang kita berada di dalam jamaah ini ialah roshid al-fikroh wa tarbiyah (aset fikroh dan tarbiyah). Roshid fikroh dan tarbiyah inilah yang menjadikan kita rasa ‘izzah terhadap dakwah dan tandhim ini. Dakwah yang berdiri atas nama tarbiyah ini telah mengajar kita makna intima’, makna wala’, makna tajarud, makna ukhuwah, makna thiqoh,makna tazhiyyah sehingga kita sanggup mengorbankan apa sahaja untuk dakwah ini.
Kita sanggup korbankan masa, waktu, wang ringgit dan segala apa yang tercinta demi untuk membuktikan sifat tajarud dan intima’ kita untuk dakwah dan jamaah ini. Allah mendidik kita di dalam  firmannya :
“لن تنالوا البر حتى تنفقوا مما تحبون”
“ kamu tidak akan memperolehi kebajikan sehinggalah kamu membelanjakan apa yang paling kamu cintai..” ( Ali Imran : 92)
Ikhwati fillah..
Semuanya ini menunjukkan betapa pentingnya roshid at-tarbiyah (aset tarbiyah) kepada kelansungan hayat jamaah dan tanzhim. Roshid at-tarbiyah ini telah menyelamatkan kita dari gejala futur dan inhirof dari jalan dakwah. Rosyeed at-tarbiyah ini membangun spirit kita untuk terus menjadi kader, menjadi dai’e, menjadi murobbi. Roshid at-tarbiyah (Aset tarbiyah) telah mengajar kita makna jiddiyah untuk terus kita melebarkan dakwah dan memperkukuhkan ma’ani tarbiyah. Ia juga mendidik kita  menjadi kader robbaniy sebagaimana taujih dari allah :
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ
Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: “Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku, bukan penyembah Allah.” Akan tetapi, (dia berkata) “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” (QS. Ali Imran : 79) Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari yang dikenal dengan sebutan Imamul Mufassirin mengatakan bahawa rabbani adalah seseorang yang memenuhi beberapa kelayakan seperti  berikut:
1. faqih, dalam erti memahami Islam dengan sangat baik
2. ‘alim, dalam arti memiliki ilmu pengetahuan
3. bashir bi as-siyasah, dalam erti bijak dalam berpolitik
4. bashir bi at-tadbir, dalam erti bijak dalam mengurus
5. qaim bi syu’uni ar-ra’iyah bimaa yuslihuhum fi dunyaahum wa diinihim, iaitu melaksanakan segala urusan rakyat yang membawa kepada kemaslahatan mereka, baik dalam urusan dunia dan agama.
Rasulullah SAW mengingatkan kita :
فَوَاللَّهِ لأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ
“ Dengan sebab usaha kamu, seseorang memperolehi hidayah lebih baik dari unta merah..”.
Inilah hasil dari cerminan rosyidul at-tarbiyah yang menjadikan kita kader atau da’ie yang kompeten. Da’ie yang robbaniy, yang memiliki kedalaman ilmu, menguasai ilmu, memiliki tatakelola yang baik, professional urusannya dan berjuang di medan dakwah untuk kemaslahatan ummah.
Ikhwati fillah..
Dengan rosyidul at-tarbiyah ini, kita belajar beberapa kefahaman tentang keutamaan tarbiyah dari kalam-kalam para murobbi kita dan pengasas dakwah ini iaitu As-Syaheed Hasan al-Bana. Katanya :
إن الإخوان المسلمين يقصدون  أول ما يقصدون إلى تربية النفوس وتجديد الأرواح وتقوية الأخلاق وتنمية الرجولة الصحيحة فى نفوس الأمة . ويعتقدون أن ذلك هو الأساس   الأول الذى تبنى عليه نهضات الأمم والشعوب
(رسالة هل نحن قوم عمليون )
 (يجب  أن تكون دعامة النهضة ” التربية “ (مذكرة الدعوة والداعية :140 )
 ( ويجب  أن يكون الزعيم زعيما تربى (مذكرة الدعوة والداعية )
Sesungguhnya tujuan yang pertama bagi harakah ikhwan  adalah mentarbiyah jiwa, memperbaharui spirit, dan menguatkan akhlak serta membangunkan ar-rojuulah as-sohihah (sifat kesatriaan) di tengah-tengah umat. Mereka ( Ikhwan)  menyakini bahawa itu (tarbiyah) adalah asas pertama yang harus dibangun untuk kebangkitan umat dan bangsa. (Hal Nahnu Qaumun Amaliyun) .
Semestinya asas atau pilar ketamadunan tegak atas asas tarbiyah” ( Muzakkirot ad-dakwah wa da’iyah)
“ Semestinya yang menjadi ketua itu dari kalangan ketua yang ditarbiyah..” (Muzakkirot ad-dakwah wa da’iyah)
Kata al-Bana lagi :
ان معركتنا هي معركة تربوية
“Sesungguhnya peperangan kita adalah peperangan tarbawiah”
“Kerja-kerja kita untuk mengislah diri kita merupakan tanggungjawab kita yang pertama, maka mujahadahlah terhadap dirikamu”
Wahai ikhwan Kamu berada difasa pembentukan maka janganlah kamu dilalaikan oleh fatamorgana dari membuat persiapan yang sempurna. Gembelingkan sembilan puluh peratus  waktu kamu untuk urusan pembentukan ini dan gunakan sepuluh peratus bagi untuk urusan kamu sehingga kamu menjadi kuat dan sempurna persiapan kamu. Ketika itulah Allah  akan memenangkan kamu dengan kebenaran.”
Manakala Syeikh  Yusuf Qardhawi pula  mengungkapkan:
كانت تربية هذا المسلم هي المهمة الأولى لحركة الإخوان ,لأ نه هو وحده  أساس التغيير  , ومحور الصلا ح والإصلاح  , ولا  أمل فى استئناف حياة   إسلامية أ و قيام دولة  إسلامية  أو تطبيق قوانين  إسلامية بغيره
( التربية الإ سلامية ومدرسة حسن البنا )
 “ Mentarbiyah seorang muslim adalah perkara terpenting dan utama dalam gerakan Ikhwan, karena tarbiyah adalah asas perubahan, dan paksi kebaikan serta pembaikan. Jika tidak ada maka kehidupan yang islami atau merealisasikan undang-undang Islam hanyalah satu impian sahaja..”
Syeikh Musthofa Masyhur menyatakan:
Syaksiyah muslim adalah pilar bagi keluarga, masyarakat, dan negaranya. Jika tarbiyahnya kuat maka kuat pula bangunannya tersebut ..”
Katanya lagi memberikan taujih pda anggota Ikhwan Muslimin untuk memperdalamkan asolah tarbiyah..

ولكن لا تنسو أنكم الإخوان فاهتمّوا بالتربية

akan tetapi(kesibukan dengan pelbagai aktiviti), kamu jangan lupa bahawa kamu adalah Ikhwan..maka berikan perhatian kepada tarbiyah…”

 التربية ليس كلّ شيئ ، ولكنها أساس كل شيئ

Tarbiyah itu bukanlah segala-galanya tetapi ia adalah asas bagi segala-segalanya…”.
Ayyuhal ikhwah fillah !
Sesungguhnya rosyidul tarbiyah ini perlu diletakkan keutamaan di dalam amal kita sama ada bersifat da’wiyan atau tandhimiyan. Tarbiyahlah akan menjadi pra-syarat allah memberikan kemenangan dan memberkati dakwah ini. Tarbiyahlah juga yang menjadikan kita berterusan memberikan sumbangan yang tidak terhingga pada dakwah ini sehingga kita berkembang dari fasa ta’sis kepada fasa infitah, dari mehwar tandhimi kepada mehwar sya’bi menuju mehwar daulah.
Justeru , ikhwah sekalian,kita merasai kepentingan tarbiyah atas asas-asas berikut iaitu :
هى الأساس لبناء الفرد المسلم
Asas bagi pembentukan peribadi muslim
هى الوسيلة الوحيدة لتكوين الكوادر
Satu-satunya wasilah untuk mencetak kader
هى الحصن الحصين للحفاظ على وحدة وقوة الجماعة
Benteng yang kukuh untuk menjaga keutuhan dan kekuatan jamaah
هى المعهد لتخريج الدعاة
Institusi yang melahirkan para du’at
هى الجامعة لإعداد القادة
Universiti yang menyiapkan para pemimpin
هى البيئة لرباط الأخوية
Suasana yang mengikat ukhuwah
هى المدرسة لإعداد المربيين
Sekolah yang meyediakan para murobbi
 هي عضو مهم للعمل الجماعي
Organ Utama Amal Islami
هي الرصيد الرئيسي للحفاظ على أصالة الدعوة
Aset utama menjaga Asolah(ketulenan) Dakwah
 هي الدعامة الكبرى لبناء أستاذية العالم
Tiang induk  ke arah pembinaan Ustaziayatul ‘Alam
Ikhwati fillah..
Semoga kita terus komited dengan agenda tarbiyah, semoga kita terus  maju dengan kekuatan tarbiyah. Semoga kita terus mengoptimakan segala kekuatan kita atas asas tarbiyah. Inilah roshid (aset)  yang akan menjayakan agenda besar kita kerana sesungguhnya kita telah menamakan diri kita sebagai jamaah tarbiyah. Bila ditanya kepada Imam Hasan al-Bana untuk menggambarkan sifat Ikhwan Musliman. Maka jawab beliau : “ kita adalah jamaah tarbiyah..”. Tarbiyah dulu, kini dan selamanya.
http://maalimfitariq.wordpress.com/2011/07/21/mengoptimakan-rosyidul-tarbiyah-aset-tarbiyah/

No comments:

Post a Comment