mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Monday, September 26, 2011

sikecil hari ini........ (^_^)

Suatu petang di rumah Zanzu...
      "Mana ni tak jumpa pun?" Zanzu membebel sendirian... dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal, dia membongkokkan diri ke bawah katil mencari sesuatu yang belum dijumpai... tangannya menguis-nguis benda dibawah katil, "takda" keluhan kecil yang terkeluar dari mulutnya...
ia kemudian bangkit dan mengambil kerusi mencari benda yang berada di atas almari, terjungkit-jungkit kakinya mencapai ketinggian almari yang melebihi parasnya... "adoila.... mana nak cari ni sebenarnya... atas takda, bawah lagi takda"

"depan belakang.... takda juga" ia keletihan dan membaringkan dirinya diatas tilam yang sungguh empuk....

" Zu cari apa sayang?" Ibunya menjengah dari luar pintu biliknya.. Ibunya memerhatikan sekujur tubuh yang kecil berusia 7 tahun itu......
" Ibu...!" Zanzu terus menerpa memeluk ibunya... ibunya menugusap-ngusap lembut rambut Zanzu...
" sebenarnya bu kat sekolah tadi, ustazah ada bagitahu yang kita manusia harus ada IMAN... baru boleh jadi budak yang soleh dan baik.. tapi ustazah kata IMAN takkan datang sendiri tapi kita kena cari... tula yang Zu tengah cari ni.. sampai sekarang tak jumpa lagila bu!!!" Zanzu hampir menangis, Ibunya hanya tersenyum kerana mengangum kesungguhan Zanzu yang berusia 7 tahun untuk mencari IMAN..

" sayang, IMAN memanglah tidak boleh dicari dibilik ni tetapi ada satu tempat yang kita boleh carinya..." Ibunya terus memeluk erat Zanzu bagi menenangkan jiwa sikecil itu..
" dimana bu?" wajah Zanzu kembali bercahaya..
" Disini sayang..." ibunya menunjukkan didada Zanzu... "disini bu??" ya sayang... bila kita sayang pada Allah, maka dari sinilah keimanan tu akan muncul"
" bu apa maksud iman bu?'

"sayang.. iman tu... kita lafazkan dengan lidah...... kita meyakini dengan hati..... dan kita beramal dan memperjelaskan iman kita dengan perlakuan dan akhlak kita sayang... jika seseorang itu berpakaian sealim mana tetapi jika akhlak rosak... ia mesti ada somethingwrong dengan dalamannya..... macam kereta, kalau luarnya cantik tetapi enjin rosak... ada sesape yang nak.. mesti taknak kan sayang..." Zanzu menggangguk faham....

begitulah erti iman..... satu perkongsian........................

No comments:

Post a Comment