mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Thursday, November 17, 2011

HEBATNYA.......

Indahnya islam mengatur setiap urusan umat manusia amnya... cuma apa yang perlu, adakah kita mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku atas diri kita.... seperti andaian manusa yang kurang imannya, ia akan terus mengatakan setiap ujian yang mendatanginya adalah suatu bala dan penyeksaan tetapi ingatlah sebenarnya setiap ujian itu adalah nikmat yang tak terhingga jika kita menyedarinya... setiap manusia akan diuji mengikut daya kemampuan masing-masing... bagi yang tidak beriman maka ,ia akan terus hanyut dengan gelombang syahwat dan bisikan musuh laknatullah.. kerana ia telah berjanji sejak azalinya, adalah untuk menghasut umat manusia menjadi partnernya dalam neraka kerana ia tidak mahu bersedirian dengan golongannya semata.... usahanya semakin tampak, apabila telah lahir golongan seperti fir aun, at-tarturk, israel dan macam-macam lagi... ia mampu menguasai manusia melainkan golongan yang beriman dan bertaqwa. 
cuba kita hayati dalam ayat 216: surah al-baqarah... " ..tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"...
itulah hikmah disebalik nikmat setiap yang Allah berikan pada manusia... hayatilah dan sedarilah kita hanyalah manusia biasa yang tidak ada bezanya dengan makhluk lain melainkan iman dan akal yang Allah anugerahkan pada insan-insan pilihanNya... sayangilah iman dan bajailah ia...


No comments:

Post a Comment