mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Thursday, September 15, 2011

SEDIKIT CERITA PENGHIBUR DUKA........

ujian.... ujiiiiiiiiiian... setiap masa kita akan sentiasa diuji, tapi segagah manakah kita dengan ujian tersebut.. tanyalah iman didada.. jangan mudah mengeluh tapi cepat2 bangkit dari lena... bukan apa takut terus diulit mimpi, bukan realiti. kita bukan nabi dan rasul.. namun kita punya seketul hati yang boleh berbolak balik dalam sekelip mata.. na'uzubillah.. bermohon supaya allah sentiasa membimbing  diri ini.. ketika kita lapang kita mengingatinya, maka ketika susah ialah tempat kita bermohon... ingatkah anda kisah seorang sahabat Nabi saw yang telah dijamin masuk syurga.. dengar citer jap, boleh.....Pada suatu hari ketika Nabi Muhamad saw dan sahabat berada dimasjid, maka nabi Muhamad pun berkata akan datanglah seorang ahli syurga, maka tiba2 datang seorang lelaki memasuki masjid... kemudian dihari yang lain pula maka Nabi Muhamad saw berkata seperti sebelumnya dan lelaki yang sama memasuki masjid... bila genap tiga x peristiwa itu berulang, maka salah seorang sahabat nabi datang bertamu dirumah lelaki berkenaan.. sahabat berkenaan bukan perginya untuk menyusahkan tetapi untuk mengetahui amal apakah yang dilakukan oleh lelaki berkenaan yang menyebabkan ia diperkatakan oleh Rasulullah saw. Sahabat nabi yang bertamu itu mengatakan bahawa pada awal malam hinggalah akhir malam ia tidak pernah melihat lelaki itu melakukan qiamullail tetapi kemusykilan itu semakin menghantui fikiran sahabat tersebut.. pada keesokan harinya, sahabat tersebut bersua dengan lelaki berkenaan dan menceritakan segala apa yang telah berlaku dan ia menanyakan pada lelaki berkenaan apakan amalan yang sentiasa diamal oleh silelaki berkenaan sehinggakan menjadi sebutan oelah kekasih Allah swt itu... dengan senyuman silelaki tersebut menjawab bahawa ia tetap melakukan amalan seperti manusia lain, tetapi yang memungkin ia sering menjadi sebutan Nabi Muhamad saw ia kerana dengan muhasabahnya ke atas dirinya pada setiap hari dan masa.. ia memaafkan kesalahan insan lain dan cuba membaiki dirinya atas setiap kesalahan yang ia lakukan... fuhhhhhhhhhhhh.... bukankah hebat madrasah dan tarbiah Nabi Muhamad saw. bagaimanakah kita???? adakah kita sering melakukan muhasabah... tepuk dada tanyalah iman.!!!! ALLAH TAKKAN MENZALIMI HAMBA2NYA MELAINKAN MEREKALAH SENDIRI YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SSENDIRI...

No comments:

Post a Comment