mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Wednesday, July 13, 2011

terketuk kepala sendiri...

fuh..... memang betullah manusia adalah selemah-lemah insan... dalam mencari kekuatan keimanan dan dalaman.. kini ku sedari tarbiah atau teguran dari Allah swt bukan datang direct dari teguran kawan, murabbi @ orang yang lebih tua dari kita, namun ia juga berlaku tanpa kita sedari, boleh juga dikatakan situasi yang kita alami...... kini ku teringat beberapa peristiwa.... nak tergelak bila terfikir balik(betapa lemahnya iman ku) jom sama2 dengar cerita sikit....

cerita 1.... seusai je ana mengajar kelas pada sebelah malam, maka berduyun-duyunlah pelajar keluar berebut2 untuk pulang kerumah masing2.. namun beberapa orang pelajar mendekatiku sambil bertanyakan samada esok akan belajar seperti malam ini atau tidak... dengan lantas ana menjawab tengoklah kalau sempat(sambil tersenyum). tiba- tiba datang seorang pelajar lelaki yang berumur dalam darjah 4 menghampiri kami... lantas dia berkata " InsyaAllah ustazah".... dengan serta merta je diri ini seperti terhempap batu yang sangat besar... tak tersangka bertitle je ustazah tetapi lupa seketika istilah keramat tersebut... sejak dari itu, diri ini mula beriltizam untuk mendahulukan ucapan itu daripada perjanjian yang tidak bersandarkan pada Allah... Allah yang menentukan segalanya...

cerita 2; Allah maha memberi yang terbaik untuk hambanya... pada suatu petang, selesa rasanya bila segala urusan yang dirancangkan selesai... justeru itu ana terus melangkah pulang kerumah, ketika berjalan keseorangan tersebut, diri ini terpandang sesusuk tubuh ditepi jalanraya. sekilas memandang, lalu ku terus membuang pandang kearah lain(tak mahu terzina mata.) teruskan langkahan... pada masa itu juga jemaah masjid baru selesai bersolat berjemaah dan mengatur misi masing2.. langkahan terhenti di bibir garisan jalanraya(menyeberangi jalan)... belum sempat diri ini memulakan langkahan untuk melintas garisan jalanan itu.. tiba- tiba jemaah masjid kebingitan... sayup- sayup mengatakan bahawa ada seorang lelaki yang berada ditepi garisan rebah menyembah bumi... diri ini terknja2 nak tahu apa yang berlaku... nak pergi dekat x kot... ku menjenguk2kan kepala dari kejauhan... jemaah masjid terus mengusung sesusuk tubuh tersebut ke ruangan masjid... mereka hanya mampu mengatakan syahadah kepada silelaki tersebut... yang lain pula kalut menelefon ambulans... ku menarik nafas dalam2..... ajal dan maut di tanag Allah... tak kira dimana jua dan pada bila masanya nafas kita akan terhenti jua...

sedikit rentetan muhasabah dari diri ini... sama2 kita muhasabah...

No comments:

Post a Comment