mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Wednesday, May 11, 2011


INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJI'UN.... sesungguhnya setiap jiwa pasti akan kembali menemui penciptaNya... namun bila masa dan dimana semuanya telah ditentukan oleh Allah swt....
Pada 29 April, perkhabaran pemergian seorang mujahidah solehah amat meruntun setiap jiwa yang menautkan ukhuwahfillah di jalan ini. beliau ialah al-marhamah Mastura... beliau berasal chetok pasir mas Kelantan, dan menetap di Negeri Sembilan... beliau seorang amat peramah dan tidak mudah berputus asa, oleh itulah ia mampu menjadi qudwah pada adik -adiknya...
       ketika dibangku sekolah, ia telah menunjukkan minat dalam pentarbiahan.. setiap kali, KRIM mengadakan program, beliau takkan melepaskan peluang merebut seceduk ilmu, ukhuwah dan hikmat...
sehinggalah ia menduduki peperiksaan menengah atas ia telah berjaya mencapai impiannya untuk menyambung pelajaran di UITM Sungai Petani pada tahun 2010.... masih lagi meneruskan pentarbiahan bersama PEMBINA... ia turut menyumbangkan tenaga, masa dan metarial bagi memantapkan generasi pelapis...
      Namun mentari tidak selalunya cerah, tiba detiknya ia akan kembali..  pada pengakhIran bulan april ia telah pergi buat selama-lamanya menemui sang pencipta...beliau telah terlibat dalam satu kemalangan,namun, kejadian sebenar tidak dapat disahihkan kerana tiada saksi dan tiada saspek... oleh sebab itulah, polis menutup kes ini... dan ia berlalu begitu sahaja tanpa pengadilan didunia.. beliau koma selama 6 hari di Hospital. sementelahan itu, doktor mengesahkan dari kemalangan tersebut arwah tidak dapat diselamatkan kerana pendarahan dalaman... tanggal 29 April 2011... al-marhamah mastura telah pergi buat selama-lamanya dan ia telah dikebumikan di Perkuburan Kg Wakaf Kelubi, Chetok Pasir Mas... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh... AMIN... ALFATIHAH.......

                        BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA IBU DAN ADIKBERADIK ARWAH..

No comments:

Post a Comment