mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Tuesday, April 19, 2011

hilang rasa baru terasa.....

Allah swt telah menjadikan setiap ciptaanNya adalah nikmat yang amat tak ternilai harganya... jika kita membandingkan dengan diri kita.. dalam berapa kalikah dalam sehari kita bersyukur??? ah, usah dikira amat jarang dan sukar sekali untuk menyebut zikrullah yang paling mudah dan ringkas tanpa perlu membayar dengan kebendaan dan metarial, cukuplah hanya sekadar mengucap "alhamdulillah", tapi cuba kita membilang dengan jari jemari kita adakah ia mencukupi??? tidak, jika sekadar dibibir ssaj ia amat tidak mencukupi namun biarlah kesyukuran itu lahir dari hati nurani kita yang penuh ikhlas dan tawaddu'...
     Dalam pada membilang-bilang nikmat Allah swt yang tak terkira banyaknya... mari kita menjenguk dan muhasabah sejenak tentang nikmat Allah yang sering kita menyentuh, merasainya dan melihatnya... APAKAH ITU???

buah-buahan.........
cuba kita berfikir sejenak, berapa jeniskah buah -buahan yang sering kita temui, rasainya dan memakannya??? tak terkira banyaknya... seperti rambutan... Allah menciptakannya mempunyai bulu yang sungguh unik.... jika kita sebagai manusia adakah kita mampu untuk membuat bulu rambutan seperti azali??? pasti, jawapan TIDAK... itulah kita manusia yang amat lemah... kemanisan isi rambutan juga tiada tandingannya... SUBHANALLAH!!! Rambutan juga bukan seperti buah-buahan import yang lain kerana ia ia hanyalah boleh didapati ketika musim sahaja, malahan khasiat buah rambutan amat tinggi berbanding buah import yang lain. Sejumlah pakar tanaman obat juga meyakini isi buah rambutan mengandung zat yang cukup lengkap. Mulai dari karbohidrat, protein, lemak, fosfor, besi, kalsium, sampai vitamin C. Sejumlah penyakit boleh diobati dengan buah rambutan.

MANGGA... buah yang begitu sinonim dan mengiurkan bagi sesiapa jyang mengidam... erm...... mangga juga adalah nikmat ALLAH yang tak ternilai.. ia begitu simbolik kerana ALLAH swt telah menjadikannya dengan pelbagai rasa iaitu masam dan manis... cuba bayangkan jika ALLAH swt menjadikan semua buah-buahan hanya manis sahaja tanpa ada rasa lain.... ish2!!! mesti minat kita untuk makan semakin kurang kerana hanya 1 perasa sahaja.... begitulah agungnya ciptaan ALLAH dan Allah maha mengetahui kehendak hambanya iaitu umat manusia...


  

masih kenal tak buah ini??? buah apa??? ya... inilah buah favourite orang kampung??? petai dan peria... sebenarnya walaupun kebanyakan orang kurang meminati buah ini, namun ia juga adalah ciptaan Allah swt. setiap ciptaannya ada hikmatnya... seperti petai...

Khasiatnya ialah apabila dimakan dapat merawat masalah hati (liver), busung, bengkak buah pinggang, kencing manis (diabetes). Juga dapat membunuh cacing dalam perut serta usus, lalu keluar bersama najis.
 
SUBHANALLAH.... dengan nikmat pemberian Allah yang begitu banyak, maka sama-samalah kita memperbanyakkan kesyukuran kita pada Allah swt yang telah menciptakan pelbagai jenis dan kenikmatan kepada hambanya... sekadar menghadirkan kesyukuran dalam hati kita dan mengucapnya dibibir kita 'Alhamdulillah".... gempakkan muhasabah kita dan banyakkan zikir kita setiap detik dan masa untuk Allah swt.



No comments:

Post a Comment