mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Wednesday, January 19, 2011

hebatnya kuasa solat.....

adakah kita benar mengerti apa itu solat???? sejauh manakah pemahaman kita tentang solat.... jika diteliti, dengan aura kekusyukan kita dalam mengerjakan solat dan juga pergerakan tata tertibnya ia membuah beribu-ribu malah berjuta-juta manfaat dan kelebihannya.... yang mana kadang-kadang tidak terlintas difikiran kita solat yang sering kita lakukan 5 kali sehari semalam...

SOLAT.... satu perkataan yang mudah disebut, namun adakah kita memahami dan menjiwai solat yang kita lakukan... kenapa masih ramai dikalangan yang jahil terus tenggelam dalam perasaan yang terlalu jahil dan tidak lanngsung merasai tanggungjawab seorang muslim untuk menunaikan kefarduan ini!!!
PELIK BIN AJAIB... kalau diberi RM 1000 untuk dishoppingkan... mesti ada yang berebut-berebut untuk mendapat mata ganjaran tersebut!!!! namun jika ALLAH menawarkan ganjaran pahala seumpama syurga seluas langit dan bumi........bagi yang beriman akan merebutnya, namun bagi yang ingkar akan memperolokkan malah mempermainkan kefardhuan ini....

KENAPALAH... sijahil itu tidak takutkan azab ALLAH yang sedang menunggu dihari perhitungan kelak!!! semeskiannya bahawa bagi sesiapa yang meninggalkan solat.... tanggungan azabnya ialah ia akan memecahkan kepalanya kedinding sehingga hancur lebur dan bercantum kembali... begitulah keadaannya sehingga habis dosa meninggalkan solatnya...

Solat juga dapat mencegah kita dari kerosakan dan kemungkaran... ini kerana bila kita kusyu' dalam menunaikan solat... maka aura dan pergantungan kita pada ALLAH semakin mendalam...
orang yang bersembahyang meraakan, baru sekejap dia berada disisi Allah dan sekejap lagi dia akan berada semula disisi Allah... oleh itu, ia sentiasa dibawah pemeliharaan Allah setiap masa dan ketika.. orang yang sentiasa bersolat jemaah dan sembahyang diawal waktu akan berada didalam lingkungan rabbani Allah swt. oleh itu, syaitan tidak berdaya untuk mendampinginya apatah lagi untuk menyelewengkannya dari jalan yang lurus...
 Bagi Nabi Muhamad saw solat merupakan kerehatan bagi baginda... InsyaAllah... tanamlah azammu... sesungguhnya solat, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah yang maha besar...


No comments:

Post a Comment