mujahidah solehah

mujahidah solehah
cinta ilahi... cinta sejati

Monday, January 31, 2011

jodoh oh jodoh!!!!!




seringkali pertanyaan yang sama, diulang-ulang.... bila nak kahwin??? umur dah lanjut kenapa tak kahwin lagi??? kenapa memilih sangat??? dan bermacam-macam persoalan yang menerpa dionak fikiran sang solehah!!!! pelbagai bisikan-bisikan jahat jua menerjah.... kita tak cantik, mesti yang seksi untuk menarik perhatian si teruna dan macam -macam... asytaghfirullah,!!! apa nak jadi dengan naluri jahat ini....

            bila diamati kembali, sebenarnya apa yang berlaku adalah sunnatullah dan ketentuan qada' dan qadar Allah taala... kita tidak boleh menta'wilkannya... JODOH.... adakah hak milik kita????? jawapannya tentulah tidak sama sekali.... adakah dengan kita mendedahkan aurat dan mencomotkan muka dengan pelbagai mekap kita mampu mempercepatkan jodoh kita....... TIDAK!!!!!

semuanya adalah hak milik Allah swt!!! bila Allah menyatakan kun fayakun... maka ketika itulah terlaksananya qadar Allah swt.... yakinilah bahawa... Sesungguhnya Allah menciptakan manusia itu berpasang-pasangan Surah an-naba': 8. nah.. lihatlah sesungguhnya Allah telah menentukan siapa pasangan kita... jangan kita bersedih dan lemah jika belum mempunyainya!!!!

Nabi Muhamad saw jua telah menyatakan bahawa... jika kita ingin memilih pasangan hidup kita maka pilih dari 4 aspek ini... antaranya cantik, kaya, keturunan dan agamanya!!!! namun jika kita melihat zaman kini... yang mana seseorang itu cenderung memilih!!! adakah ia akan terus melihat keimanan!!!! TIDAK... amat jarang sekali, yang menilainya... KENAPA???? kerana manusia lebih cenderung menilai zahirnya dari batin seseorang!!!! cantiknya, kayanya dan macam -macam aspek fizikal yang diutarakan. namun hakikat sebenarnya... jika seseorang yang inginkan kebahagian yang kekal abadi didalam kerukunan rumahtangga, maka nilailah dahulu dari segi keimanannya...

اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)


si solehah... ingatlah ayat ini... fikirkan sejenak... dan muhasabahlah!!!! sesungguhnya ia telah dan terang lagi bersuluh.... wanita yang baik, hanyalah untuk lelaki yang baik!!!! jagalah diri dan keimananmu... insyaAllah!!! Allah akan mempermudahkan segala urusan...

ingatlah.... jua firman Allah swt dari surah an-nur: ayat 30... yang bermaksud.... katakanlah kepada lelaki -lelaki beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bagi mereka....dan begitulah sebaliknya..........
maka bagi diri si solehah... lebih baik menyucikan diri dari segala bentuk maksiat umpama mempertayangkan kecantikannya untuk mempertingkatkan dosa dan noda!!!

Allah juga telah menunjukkan cara dan jalan terbaik bila seseorang itu lewat jodohnya iaitu dengan firman Allah taala dari surah an-nur: ayat 33, yang bermaksud... dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (dirinya) , sampai Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya..... jalan yang kedua ialah hendaklah seseorang yang tidak mampu(jodoh tak sampai lagi) berkahwin itu memperbanyakkan puasa dan berzikir, untuk mengengkang gelojak nafsu syahwatnya dari terus menerjah untuk memenuhi kehendaknya....

apa yang penting sentiasalah mendekatkan diri dengan Allah... jangan mudah putus asa dari rahmat Allah swt!!! kita bukan malaikat, namun kita mampu mengatasi dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah!!!  

No comments:

Post a Comment